Monday 22 December 2008

Kes Ragut

Isnin baru-baru ni keluarga aku dikejutkan dengan pelbagai pembaharuan di rumah. Malang tak berbaur, seorang ahli keluarga aku kena ragut, iaitu kakak aku.

Pada 0010 Hours hari Selasa lepas, kakak aku balik dari rumah, keluar kereta je, seekor makhluk bunian jamban telah datang kearah kereta kakak aku, dia nak beg kakak aku, lalu ada pertandingan tarik tali sehingga tali beg putus, kakak aku surrender dan seekor makhluk bunian jamban itu terus berlari ke arah kawan karibnya yang selalu memberi dia pinjam 20 sen beli choki-choki. Kejadian itu, sempat dilihat aku dari atas tingkap dari bilik mak aku, aku dengar orang jerit, dan dapat rasakan itu suara kakak aku, aku cepat-cepat pusing kearah tingkap usha luar rumah, kakak aku berlari kejar motor tersebut.

Lepas tu, makcik aku dan sedara pun ada dekat bawah tengah tgk tv, diarang kelam kabut ah keluar dah dengar orang menjerit malam-malam. Tapi kepantasan Bolt aku lagi cepat dari diarang ah, aku sempat pi bilik abg aku dulu, cakap kakak aku kena ragut, baru turun bawah. Tapi malang ditimpa kami, yang kakak aku dah letak kunci kereta Toyota Vios dekat dalam beg tu, ingat nak kejar tapi kunci tarak! Jiran-jiran ramai lah keluar, makcik aku emosional sikit, jerit bapak kuat, Oi! Oi! Oi! Pencuri, haha. Kakak aku dapat kesan lah nombor pendaftaran motor tu, BGV 2928. Aku, Abang aku, Kakak aku, naik kereta Estima, pi runner sat cari dua ekor bunian jamban tu, kakak aku try call fon dia, iaitu Sony Ericsson yang Shake tu, jamban tu pi angkat, abang kakak aku jerit-jerit lah, Weh Bodoh! Bagi balik beg tu lah! Aku fikir balik gak, dah ragut takkan nak pulang balik bai. Tapi tu hanya monoloq aku je lah.

Aku sempat roger kawan-kawan rempit aku (haha), suruh diarang kesan jamban tu, abang aku roger kawan-kawan dia, jumpa lah kawan abang aku ni, nama dia Fat, dia tolong kesan gak, tapi tak dapat. Kami bertiga tukar kereta, naik kereta Wira dia, cari jamban tu, dekat kawasan Sri Nilam. Si Fat ni kenal lah satu abang ni, nama dia Ali. Dia jadi guard dekat satu flat dekat kawasan tu. Dia kata ada budak naik motor dinaiki dua orang dan satu lagi motor dinaiki seorang je datang dekat kawasan tu, dia pi lah tahan budak tu, dah kata guard dekat situ, dia tahan dia tanya kat budak-budak ni, nak pi mana ni? budak tu kata jemput kawan, tapi dia tak perasan ada beg ke tak dengan diarang, dan nombor plat dia pun tak perasan. Tetapi mereka dalam keadaan yg cemas dan ghairah. Selepas tu, kami teruskan terjah kami ni, jam dah pukul 12.45 malam, kami lalu ke satu kedai mamak ni, jumpa 3 orang polis sedang makan dekat situ, cerita-cerita dekat dia, dia amik nombor plat tu, lepastu kami tak dapat apa-apa pun dari polis tadi, so hati dah macam malas. Kami pi Balai Polis Ampang, buat repot.

Agak panas jugak lah buntut ni, tunggu buat repot ni, ada dalam 2 jam juga lah kitaorg ada disana, dah lah abg polis tu tak reti eje Sony Ericsson siap keluar kan fon dia tengok macam mana nak eje, haha. Tapi yang bestnya, tengah-tengah duduk dekat sana, ada dua abang ni datang. Dia buat laporan polis pasal dia jumpa Bom Mortar, bom zaman jepun dulu. Yang bodohnya, satu abang ni dah jumpa bom ni time memancing, dia boleh bawak balik rumah dia. Kalau dah meletup dekat rumah dia? Lepas tu dapat lah tengok drama sikit dekat sana, kereta polis semua macam kelam kabut ke rumah abang tu. Aiihh, esoknya ayah aku ada lah kesan no pendaftaran tadi tu, check dekat JPJ, tengok-tengok no plat tu, no plat kereta Toyota Unser, mungkin dekat motor tu no plat palsu atau kakak aku yang salah pandang nombor tu? Jeng jeng jeng!?

xx

nabil

*polis repot, klik untuk membaca.

lol

4 comments:

A Taqiyuddin said...

agak sial kau edit wang tunai RM11.HAHAHAHA bodoh gila lah, jumpa UNSER? funnyyyyyyyyy!

Anonymous said...

dem. gila havoc cerita kau. HAHAHAHA

AnisAmira said...

U put it in a nice way, tak boring. :)
Anyway, sorry abt what had happened.

Sid Nabil said...

to taqi : aku tak edit bai.

to seagull : haha, mata aku nampak kejadian ni sikit, tu lah agak havoc.

to amira : speaking london pulak, haha.