Tuesday, 18 November 2008

American Dream

2542085871_e9d7132c1c

   Sejak habis periksa, aku duduk rumah melayan tv 24 jam. setiap kali bukak tv,  attack 411 dan sekutunya. asyik dapat tgk cerita america, setiap cerita aku takyah nak suspen lebih. sebab aku dah boleh agak end cerita tu. biasa cerita america ni, dia akan buat pendahuluan pastu dia akan tunjuk yg akan datang masalah pastu dia akan down lepas tu dia akan tunjuk yg dia nak up balik, lepas tu ada trouble lepas tu akhir2 ok balik. kalau cerita remaja confirm pasal sukan. basketball, football, soccer tak pun baseball. tu jelah. takpun pasal homecoming pastu diarang akan sibuk2 cari pasangan depa. aiyoo! dah bosan bai.. takkan asyik2 nak tgk cerita macam ni.

   Lagi satu cerita pasal superhero2, memang lah best untuk ditengok. tapi fikiran budak2 sampai mati pun akan layan diarang je. konon “america is the greatest country in the world”.

  Tapi  tv siri america semua best doh, aku tak nafikan.                  prison break, heroes, sopranos, family guy. aku pun dah ketagih siot. lagi satu kalau cerita lawak2, untuk budak2 lah, aku tengok, kebanyakannya lawak budak2 lawak yg menyampuk orang cakap. cakap pasal benda2 dewasa.

  Tapi 2 minggu lepas aku tgk cerita STICKO, cerita ni pasal hentam america. aku tak jumpa lagi website movie ni. bapak layan cerita ni. cerita pasal ni kos perubatan di america bapak mahal dan membebankan dan dia ada buat perbezaan dgn negara lain seperti Perancis dan Cuba. kesian orang homeless dan sukarelawan 9/11. kerajaan america,  lepas 9/11 kata diarang ni hero dan bagus dan janji macam2,  lepas lima tahun,  kebanyakan diarang ni ada masalahpernafasan, dan kerajaan kata bukan tanggungjawab diarang, ada lah macam2 lagi untuk dikata.  tapi malas nak taip dah . 

   "Keeping Up With The Kardashians" dekat channel E! tu, lagi bnyk menipu, cerita ni pasal family an. konon macam real life ah tapi aku tgk punya tgk, nampak sangat banyak benda yg diatur dan nak tunjuk yg anak dia ni hati mulia, perihatin dekat orang kena bencana, tapi kuang ajar dgn mak bapak nombor satu. logik tak? nampak sangat diatur dan ikut arahan director untuk buat cerita diarang gempak. 

   Conclusion-nya, america asyik menipu orang sedunia dengan cerita2 depa, konon diarang ni hebat! power! wonderful! shit..

6 comments:

A Taqiyuddin said...

ye lah tu, biasa sangat benda yang banyak dikomplen, tapi benda tu jugaklah benda yang kita minat.hahaha

'Ulwan said...

411 dan sekutunya, kalau tengok dari awal-awal punya awal gila memang rasa best. kerja aku ah tu

Sid Nabil said...

yelah, nak buat macam mana, dari kecik dah tgk power rangers.

Afham said...

kebanyakan cerita/filem ade jln cerite yg seakan same..x dpt dinafikan..nak tgk ANTOO FIGHTERS nanti..cane lak jln crite die..nampak iklan cam gempak..

'Ulwan said...

power rangers dah lama di belakang. ikut abang aku si Akbar

Pecah Kepala said...

bagus bagus. Al-quliah pon top rated zaman skang.