Wednesday, 14 January 2009

Demo-Palestin

Dua hari turut-turut aku ada lah sertai demonstrasi pasal perang di Gaza, kekejaman rejim Zionis. So, hari pertama aku sertai dekat Tabung Haji ke Kedutaan Amerika. Ini anjuran Pas dan JIM. Ramai lah hadir. Aku datang sebelum solat jumaat dan solat jumaat di masjid Tabung Haji. Selepas solat ada lah taklimat pasal demonstrasi ni.

Ramai lah kelihatan membawa sepanduk dengan ayat-ayat mereka, ada juga yang bawa patung bayi yang berdarah, kasut untuk Bush, bakar bendera Israel. Banyak  lah fenomena aku nampak di sana. Aku datang kali ni dengan camera digital biasa bapak aku dengan litos serta polaroid. Aku sempatlah menangkap detik-detik tersebut.

DSCN3097

DSCN3109

DSCN3121

DSCN3131

DSCN3135

DSCN3138

DSCN3159 

DSCN3167  DSCN3173

DSCN3187

DSCN3193

DSCN3194

DSCN3190

Terima Kasih kerana melihat, nantikan bahagian dua.

xx

nabil

Tuesday, 13 January 2009

Disebalik Satu Kumpulan

CNV000022  

Hari kedua aku naik sekolah ni, banyak benda yang aku dah mula rindu, kembar Shahir, kawan baik aku, Mustaqim dan si perajuk Shauqy. Kesian dengan Mus lah tak dapat teruskan perjuangan bersama dengan aku.

Harini angin asyik bertiupan sampai aku punya kelas yang 24 jam blackout tak rasa panas, sedap lah cuaca harini. Tapi yang aku hairan time bila nama kumpulan Usrah ditampal, aku dan rakan-rakan dapat satu team, memang sejarah gila lah. Tak pernah dapat team macam ni. Tapi aku pikir balik mesti ada apa-apa ni. Mesti ada udang disebalik batu kita orang satu team.

So, petang tu ada lah Usrah ni. Kami masuk lambat, sebab aku pi usha buku dekat kantin. Buat muka tebal je lah, sebabkan kami lambat, yang ada dekat kelas tu Qayyum dan Qayyim macam Upin dan Ipin. blablabla,  ustaz tu dah cakap kat kitaorang, ini punya kumpulan, kumpulan tit top sekolah. kami pun kena lah macam-macam sindiran dan soalan yang boleh koyak seluar dalam.

Cerita lah macam-macam pasal perangai pelik budak-budak yang ke kaunseling. Lesbian lah, takda kasih sayang parents lah, pelik-pelik.  Tapi yang aku perasan time sepanjang Usrah tu, kami bincang pasal agama 20% je, yang lain pasal perangai lah, disiplin lah. Totally banyak pasal kaunseling.

Lebih baik depa tukar Usrah kepada masa Kaunseling je, ni tak fair lah kami dengan budak-budak lain. Semua benda stock nak sindir dan bagi soalan peribadi sedalam-dalam. Aihhh, come on lah. tak kisah lah sebabkan blog ni aku nak dipanggil ke bilik kaunseling, blog aku ni dah jadi tempat benda yang aku pelik, hairan dan tak puas hati. kalau nak cakap face to face nanti jadi kes kurang ajar dengan guru pulak. Baik aku Ubah Sebelum Parah.

xx

nabil

Monday, 12 January 2009

Monday's Laugh

2478095707_e490c6aaf6

Semalam aku dah gunting rambut, gunting-gunting banyak lah orang punya reaksi. Kebanyakkan aku digelak dan digelar macam-macam. Nak buat macam mana budak sekolah lagi, terpaksa lah gunting juga. Setelah 1/2 tahun tak gunting rambut kecuali di bahagian tertentu oleh cikgu. Sebelum ni panas juga lah telinga ni kena nasihat demi nasihat suruh gunting, diarang kata serabai lah, kusut tengok lah, budak sekolah buat cara budak sekolah lah.

Keluar je kedai gunting rambut, kakak aku kutip aku bawak balik, dekat kereta dia tak habis-habis sengih, "muka kau lain gila lah". Balik rumah adik aku pulak tak habis-habis sengih. So, aku pergi lah sekolah esok harinya dengan rambut pendek gila buat masa 2 tahun ni. Sampai je sekolah aku dah digelak oleh anak Nindar. Lepastu jalan-jalan je, budak-budak sebaya dengan aku pulak kata, "pendek gila rambut ang, kelakar gila muka ang" aku pun rileks je lah buat bodoh.

  Next, ada taklimat pasal pakej percutian 3 hari 2 malam semua dekat surau, ada orang main rambut aku dekat belakang guna pen, dalam hati aku "dia ni nak aku botak licin gak ni, tak puas hati aku terlepas tahun lepas ni" aku buat bodoh je lah, dia ni seorang ehem ehem, terpaksa lah hormat. Tapi jalan-jalan je dekat area sekolah, ada cikgu ni puji aku, kata aku nampak kemas, ada yg kata "Nabil, New Look eh!" aku pun sengih-sengih je lah.

Setelah difikirkan balik, sebabkan rambut aku dipandang buruk semua pengajar, sebabkan rambut, aku result teruk nak lari sini sana, sampai 4 bulan tak masuk perhimpunan. Aku cuma nak bawak New Image, tapi kena kayuh perlahan-lahaan sebab baru first day beb.

Balik je rumah, lepak dengan rakan rukun tetangga, diarang dah gelak tak henti-henti tgk muka aku, aku pun panas je lah, ada kata macam Abu Bakar Ela, dulu macam M. Daud Kilau tapi tak sekilau dia. tapi semua gelak tak henti-henti macam mabuk. Aku sabar je lah, nak buat macam mana, tapi fikir balik, awal-awal je, lepas ni depa dah biasa dah. Awal tahun biarlah kemas supaya tak rimas, nanti akhir tahun aku nak try lagi macam tahun lepas buat orang lain jadi rimas, hehe. Cheers!

xx

nabil

Wednesday, 24 December 2008

M. Nasir - Suatu Hari di Hari Natal

75976130_afcedf3553

*telah dirembat daripada flickr

  Pakcik gemuk berjagut putih mesti difikiran anak-anak kecil mat salleh time ni.  Hadiah konon dari langit timpa mereka, pak santa konon beri rupa-rupanya hanya dogeng, bang bang bom!

  Malam krismas aku tak berapa enak macam tahun lepas lah, tahun lepas pi overnight dengan kawan-kawan, tengok orang mabuk sini sana, aishh. Tahun ni punya, lebih banyak kenduri hari natal lah dekat kawasan rumah aku, orang cina dan india buat party sampai late night. Agak meriah juga lah telinga mendengar. Botol bergelimpangan depan rumah masing-masing. The Hood aku memang masyarakat majmuk.

  Kenduri sini sana, memang kereta pun banyak lah sini sana. Jam telepon nokia pun dah menunjukkan sudah pukul 11.30 malam. Gegas pulang si anak muda ini, bukak tv kebosanan melarat. Ingat malam krismas banyak cerita best, bosan-bosan. Peluang ini, saya mengucapkan selamat menyambut hari natal dan selamat bercuti dan selamat tahun baru kalendar kafir. Mintak-mintak pakcik gemuk berjanggut putih datang rumah aku malam ni. Ho Ho Merry X'mas!

xx

nabil

Monday, 22 December 2008

Hindraf Berita

Lucuan harian!

Kes Ragut

Isnin baru-baru ni keluarga aku dikejutkan dengan pelbagai pembaharuan di rumah. Malang tak berbaur, seorang ahli keluarga aku kena ragut, iaitu kakak aku.

Pada 0010 Hours hari Selasa lepas, kakak aku balik dari rumah, keluar kereta je, seekor makhluk bunian jamban telah datang kearah kereta kakak aku, dia nak beg kakak aku, lalu ada pertandingan tarik tali sehingga tali beg putus, kakak aku surrender dan seekor makhluk bunian jamban itu terus berlari ke arah kawan karibnya yang selalu memberi dia pinjam 20 sen beli choki-choki. Kejadian itu, sempat dilihat aku dari atas tingkap dari bilik mak aku, aku dengar orang jerit, dan dapat rasakan itu suara kakak aku, aku cepat-cepat pusing kearah tingkap usha luar rumah, kakak aku berlari kejar motor tersebut.

Lepas tu, makcik aku dan sedara pun ada dekat bawah tengah tgk tv, diarang kelam kabut ah keluar dah dengar orang menjerit malam-malam. Tapi kepantasan Bolt aku lagi cepat dari diarang ah, aku sempat pi bilik abg aku dulu, cakap kakak aku kena ragut, baru turun bawah. Tapi malang ditimpa kami, yang kakak aku dah letak kunci kereta Toyota Vios dekat dalam beg tu, ingat nak kejar tapi kunci tarak! Jiran-jiran ramai lah keluar, makcik aku emosional sikit, jerit bapak kuat, Oi! Oi! Oi! Pencuri, haha. Kakak aku dapat kesan lah nombor pendaftaran motor tu, BGV 2928. Aku, Abang aku, Kakak aku, naik kereta Estima, pi runner sat cari dua ekor bunian jamban tu, kakak aku try call fon dia, iaitu Sony Ericsson yang Shake tu, jamban tu pi angkat, abang kakak aku jerit-jerit lah, Weh Bodoh! Bagi balik beg tu lah! Aku fikir balik gak, dah ragut takkan nak pulang balik bai. Tapi tu hanya monoloq aku je lah.

Aku sempat roger kawan-kawan rempit aku (haha), suruh diarang kesan jamban tu, abang aku roger kawan-kawan dia, jumpa lah kawan abang aku ni, nama dia Fat, dia tolong kesan gak, tapi tak dapat. Kami bertiga tukar kereta, naik kereta Wira dia, cari jamban tu, dekat kawasan Sri Nilam. Si Fat ni kenal lah satu abang ni, nama dia Ali. Dia jadi guard dekat satu flat dekat kawasan tu. Dia kata ada budak naik motor dinaiki dua orang dan satu lagi motor dinaiki seorang je datang dekat kawasan tu, dia pi lah tahan budak tu, dah kata guard dekat situ, dia tahan dia tanya kat budak-budak ni, nak pi mana ni? budak tu kata jemput kawan, tapi dia tak perasan ada beg ke tak dengan diarang, dan nombor plat dia pun tak perasan. Tetapi mereka dalam keadaan yg cemas dan ghairah. Selepas tu, kami teruskan terjah kami ni, jam dah pukul 12.45 malam, kami lalu ke satu kedai mamak ni, jumpa 3 orang polis sedang makan dekat situ, cerita-cerita dekat dia, dia amik nombor plat tu, lepastu kami tak dapat apa-apa pun dari polis tadi, so hati dah macam malas. Kami pi Balai Polis Ampang, buat repot.

Agak panas jugak lah buntut ni, tunggu buat repot ni, ada dalam 2 jam juga lah kitaorg ada disana, dah lah abg polis tu tak reti eje Sony Ericsson siap keluar kan fon dia tengok macam mana nak eje, haha. Tapi yang bestnya, tengah-tengah duduk dekat sana, ada dua abang ni datang. Dia buat laporan polis pasal dia jumpa Bom Mortar, bom zaman jepun dulu. Yang bodohnya, satu abang ni dah jumpa bom ni time memancing, dia boleh bawak balik rumah dia. Kalau dah meletup dekat rumah dia? Lepas tu dapat lah tengok drama sikit dekat sana, kereta polis semua macam kelam kabut ke rumah abang tu. Aiihh, esoknya ayah aku ada lah kesan no pendaftaran tadi tu, check dekat JPJ, tengok-tengok no plat tu, no plat kereta Toyota Unser, mungkin dekat motor tu no plat palsu atau kakak aku yang salah pandang nombor tu? Jeng jeng jeng!?

xx

nabil

*polis repot, klik untuk membaca.

lol

Sunday, 14 December 2008

Journey To Batu Caves

   Salam Perpaduan, ni aku mahu story telling pasal baru-baru ni pi Batu Caves. Benda ni confirm last minute,  asyik-asyik Latib melawat kitaorang. Kali ni, kami yang pi melawat tempat dia. Ramai jugak lah saudara mara dia di sana, Alhamdullilah kami dapat berkenalan dengan pakcik dan makcik dia yang hot,  sexy,  dan hitam-hitam manis.  (maaf  tib, saja nak buat intro). 

    So, pada haritu, di awal-awal pagi lagi, pukul sepuluh, kami duk busy nak confirmkan pasal benda ni jadi ke tak. Confirmkan punya confirm.. jadi gak benda ni. Next, nak buat "meeting place" dekat depan gate Batu Caves.  Aku gerak dengan "anak ahmad" bak kata Taqi. Kena teksi RM8.50 dari Wangsa Maju, Almaklum lah kami budak sekolah lagi, nak naik kereta teksi sendiri pun susah. Boleh je sebenarnya, betul tak kawan-kawan? naik kereta siapa? "Kancil Merah"

Tetamu Yang Hadir ;

1) Latib "si tembak yang gian"

2) Me "si barua emas"

3) Ali "si anak ahmad, tuanlensa"

4) Taqi "si camera addicted" (hahaha)

5 ) Hazwan " si pemegang plastik Duty-Free"

6) Ulwan" si kedua punya tuanlensa"

7) Jo " si lambat kura-kura"

Tetamu Yang Ditolak Supaya Hadir ;

1) Shahir  "so boring, kenapa pergi situ..eeeww!"

2)  Shah "aku kat hospital lah, aku tak dapat pergi lah, sorry bro. (dengan nada agak macho dan sedih) "

   OK, pukul satu lebih gitu, kami berjumpa dan semua muka ceria tetapi Encik Marwan son's sungguh lambat, cuaca yang gelap dan hujan. Disebabkan hujan, Encik Nabil tidak dapat menggunakkan kamera lomonya kerana tidak mahu gambarnya jadi gelap. Kami bergerak untuk naik tangga supaya sampai ketangga tiga rat. Agak lenguh kaki, dan Hazwan yang ketakutan  dengan monyet mengambil keputusan supaya lalu di tengah-tengah sambil menarik-menarik baju Ulwan sambil berkata " bapak kau!" sebab ketakutan dengan monyet-monyet.

  Banyak  omputih lah time tu, ada Lily Allen tu. Hujan renyai-renyai kami buat bodoh je, naik atas sekali. Hazwan tak berhenti dengan ketakutan dia tu. Sampai atas semua macam tak tahu nak buat apa, ada yang kata macam dekat Sarawak je, "Kamek Kitak" So, lalu je lah buat bodoh. Hazwan buat freestyle, ulwan membuat klip video dia. tak gempak pun wan.. Hmm, kami nak turun balik. tapi lepak kejap dekat puncak tangga tiga rat, tunggu Jo, lepak-lepak, ada macha pi dekat Taqi tangkap gambar, diarang bajet kami tourist. speaking London pulak macha tu.

   Blablabla, hujan pun dah renyai, kami turun  perlahan-lahan. tangkap gambar sini sana. Jo pun sampai. lepas tu turun, buat photogroup, and then pulang ke Taman Melawati makan cendol, makan-makan, pi Setiawangsa main CS Source. Lepastu gerak Jusco AU2. Opps! AU2 Setiawangsa, and then dah magrib, semua pulang. Gambar-gambar digital tak diserahkan oleh Ali lagi, So nanti aku update gambar digital.

xxx

nabil

Batu Caves